Monday, August 31, 2009

Selamat Datang!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Blog Kelab Sukan & Kebajikan Prasarana. Tujuan diwujudkan blog ini adalah untuk memudahkan Warga Kerja Prasarana untuk mengetahui berkenaan dengan perjalanan aktiviti Kelab Prasarana.

Blog ini juga bertujuan memudahkan Ahli Jawatankuasa mengemaskini segala perancangan aktiviti kelab kepada Warga Kerja Prasarana.

Warga Kerja Prasarana juga, boleh melihat aktiviti-aktiviti Kelab yang pernah atau sedang dijalankan oleh Kelab Prasarana.

Semoga dengan kewujudan blog ini akan lebih mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan Warga Kerja Prasarana disamping memajukan Kelab Prasarana dimasa akan datang.

Tuesday, August 25, 2009

Workshop PMR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berita baik kepada Anak-Anak Prasarana!!!

Dengan kerjasama dari Kelab Prasarana dan Rapid KL, kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa satu workshop pembelajaran bagi pelajar yang bakal menghadapi PMR akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 5, 6 & 12 September 2009

Tempat : Bilik Mesyuarat Prasarana, Menara UOA Bangsar

Masa : T.B.A

Memandangkan tempat yang disediakan adalah terhad, penyertaan ini adalah berdasarkan Siapa Cepat Dia Dapat.

Kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka sila berikan nama anak-anak kepada Azimah Abu Sujak ext 1224.

Sekian, Terima Kasih,

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

22hb Ogos 2008, bermulanya Ramadhan di Malaysia dan disambut dengan penuh sederhana oleh Warga Prasarana. Sempena Ramadhan ini Pihak Kelab Sukan & Kebajikan Prasarana telah berbesar hati memberikan semua Warga Prasarana kurma bagi menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Pengagihan telah dilakukan pada 24hb Ogos 2008 pada pukul tiga petang. Pengagihan ini di ketuai oleh Sdr. Ashraf Ghazali dari Biro Kebajikan dan di bantu oleh Pn. Azimah Abu Sujak. YDP Kelab, Sdr. Syed Ahmad Safarudin turut sama membantu mengagihkan kurma kepada semua Warga Prasarana.

Semoga dengan pemberian ikhlas ini akan menyemarakkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini.

Salam Ukhwah dari Kelab Sukan & Kebajikan Prasarana kepada semua pekerja Prasarana. Semoga Ramadhan kali ini akan meningkatkan lagi kualiti ibadah kita disamping memberikan keinsafan kepada kita semua dalam mengingati golongan orang yang kurang bernasib baik.

YDP Syed Ahmad Safarudin memberikan kurma kepada salah seorang Warga Prasarana

Sdr. Ashraf bertungkus lumus membuat pengagihan kepada Semua Pekerja Prasarana.

Thursday, August 20, 2009

Kelebihan Solat Tarawih

  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

    11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

    14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

    15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

    17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

    21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

    22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

    23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

    24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

    26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

    28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

    29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

    30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Keputusan Pertandingan Tenis Terbuka Prasarana 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berakhirlah sudah Pertandingan Tenis Terbuka Prasarana 2009 yang telah berlangsung selama 3 malam (5, 6 & 19 Ogos 2009). Semalam merupakan pertandingan akhir bagi menentukan juara dan tempat ke 3 & ke 4 bagi kedua-dua pool.

Setelah selama 3 malam berhempas pulas menggunakan segala kekuatan dari segi mental, fizikal, kemahiran dan juga teknik yang ada, maka dengan ini secara rasminya diumumkan keputusan akhir Pertandingan Tenis Terbuka Prasarana 2009 bagi kedua-dua pool:-

Cup Pool (Winner’s Pool)

Johan : Firdaus Effendy & Azman Yusop

Naib Johan : Saiful Azhar & Nor Idham

Dengan pungutan mata 9 berbalas 6.

Tempat ke 3 : Zulkifli Mohd Yusoff & Megat Ab Rahman

Tempat ke 4 : Jamal Amidy & Henny Shahril

Dengan pungutan mata 9 berbalas 7

Plate Pool (Loser’s Pool)

Johan : Mohd Azha & Megat Khairulazhar

Naib Johan : Syed Ahmad & Syed Yazid

Dengan pungutan mata 9 berbalas 5

Tempat ke 3 : Mohd Shahril & Mohd Nizam Isa

Tempat ke 4 : Mohd Yunus & Azizul Izzat

Dengan pungutan mata 9 berbalas 5

Oleh itu, terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, kesungguhan dan juga semangat kesukanan di dalam menjayakan pertandingan ini. Kepada yang tidak berjaya diharapkan akan mencuba lagi pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada semua wargakerja Prasarana. Kepada yang telah sudi datang memberikan sokongan dan memeriahkan lagi suasana pertandingan, kedatangan ada semua amatlah dihargai.

Untuk pengetahuan semua, bagi upacara penyampaian hadiah, ianya akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak.

Akhir kata, berjumpa kita lagi nanti pada pertandingan-pertandingan yang akan datang dan “Majulah Sukan untuk Prasarana”.

Sekian, terima kasih.

“Satu Kelab Untuk Semua”


Wednesday, August 19, 2009

Tawaran Terhebat Hanya Di Ramadhan Al Mubarak

untuk melihat dengan lebih jelas sila klik pada gambar

Thursday, July 30, 2009

Ahli Jawatankuasa 2009


(sila klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas)

blogger templates | Make Money Online